Monday 8 January 2018

ESP NI UNTUK SIAPA?

ESP dan Malaysia dah tak asing dah.. Dari sebelum husna ceburkan diri dalam business shaklee memang dah selalu dah dengar orang dok sebut ESP ni..

Bila dah masuk dalam shaklee lagi lah tak terkejut bila ESP ni rupanya antara hotselling dalam Shaklee. 



Ada one time tu ESP kehabisan stock diseluruh malaysia. Peh semua mati kutu and merayu2 kalau kami sendiri ada simpan stock yang boleh di let go.

Unfortunately time tu kami para SID ni pn tak ada. Kelam kabut Shaklee cepat2 uruskan and masukkan semula.. Bila dah masukkan time tu memang macam tsunami shaklee tau. Ada customer husna siap borong 10 tong ESP!!! Confused sister dia ni nak mandi ESP ke macam mana? Hehe.


So ESP yang orang dok hebohkan ni untuk siapa?


  1. MEREKA YANG NAK CANTIK 




    Untuk kulit yang berseri, wajib bagi kita berikan kulit kita protein yang berkualiti tinggi dan lengkap dengan kesemua amino asid yang diperlukan badan. Protein soya mengandungi isoflavon yang mempunyai aktiviti estrogenik yang membantu merangsang kulit untuk kelihatan lebih muda. 

    Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan isoflavon soya membantu meningkatkan keanjalan kulit. 



  2. MEREKA YANG SERING MENGALAMI MASALAH KEGUGURAN RAMBUT






    Keguguran rambut dan kuku yang rapuh sering dikaitkan dengan pemakanan yang tidak berkhasiat serta kekurangan nutrien, terutamanya protein. Kekurangan asid amino perlu, menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan keratin yang mencukupi.

    Akibatnya, rambut dan kuku kelihatan nipis dan rapuh.


  3. IBU HAMIL




    Kesihatan sepanjang tempoh kehamilan adalah amat penting untuk perkembangan bayi serta ibu mengandung. Dalam tempoh ini, ibu mengandung haruslah mengambil protein yang mencukupi bagi memenuhi keperluan janin yang sedang membesar. Pengambilan protein secara konsisten dalam tempoh kehamilan dapat membantu meningkatkan berat dan ketinggian bayi yang baru lahir, dan mengurangkan peratusan kelahiran bayi yang tidak cukup berat. 


  4. BREASTFEEDING MUM




    Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik bagi tumbesaran dan perkembangan bayi. Ia juga kaya dengan antibodi yang merupakan sumber imunisasi pertama dalam saluran usus untuk bayi yang baru lahir. 

    Walaubagaimanapun, ibu yang sibuk sering mengabaikan pemakanan mereka semasa tempoh penyusuan. Dengan protein soya yang berkualiti tinggi, ia membantu memenuhi keperluan protein dalam pemakanan seseorang ibu yang menyusu serta membantunya menjalani tempoh penyusuan yang lebih lancar. 

  5. KANAK-KANAK YANG SEDANG MEMBESAR




    Kadar metabolisme kanak-kanak meningkat apabila mencapai fasa remaja, oleh itu pengambilan protein dapat membantu perkembangan dan mengekalkan jisim otot. 

    Bersama-sama dengan gaya hidup yang aktif dan sihat serta pengambilan protein soya yang mencukupi, ia dapat membantu menguatkan otot dan menyokong pembaikan serta pemulihan otot, pada masa yang sama mengekalkan rasa kenyang dan memberikan tenaga yang berpanjangan. 

  6. MEREKA YANG SERING MENGALAMI PERIOD PAIN 




    Phytoestrogen atau estrogen tumbuh-tumbuhan yang biasanya ditemui secara semulajadi di dalam kebanyakan makanan kita, termasuk soya, membantu menyokong kitaran haid yang sihat dengan mengawal paras hormon yang sihat serta mengurangkan simptom-timptom sindrom prahaid (PMS).


  7. MEREKA YANG INGIN SIHAT BERPANJANGAN


    Protein adalah salah satu nutrien asas tubuh yang membantu dalam proses pembaharuan sel dan penjanaan semula kerana ia membantu dalam memperbaiki tisu-tisu yang rosak. Ia juga menyokong penghasilan antibodi yang melawan jangkitan serta menghasilkan kolagan yang diperlukan untuk mempercepatkan pemulihan luka. 


KHASIAT PROTEIN LENGKAP UNTUK SEISI KELUARGA. 



DATUK :

-Mengekalkan jisim otot dan mengurangkan kehilangan otot. 
-Menyokong peredaran darah yang sihat untuk fungsi jantung yang optimum.

NENEK :

-Menyokong penyelenggaraan tulang.
-Mengekalkan tenaga sepanjang hari.

AYAH :

-Memberikan tenaga sepanjang hari.
-Menggalakkan perkembangan otot yang sihat.
-Mengekalkan kekuatan otot. 

IBU :

-Kekal aktif dan sihat walaupun sangat sebok menguruskan hal rumahtangga.
-Kulit yang lebih licin dan berseri-seri
-Kehamilan sihat dan penyusuan susu ibu yang lancar




*produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


Husna,
{1127918}
012-2707477

No comments:

Post a Comment

Shaklee KL disini

 Hello and Assalamualaikum! Alhamdulillah masuk tahun ni dah lebih lima tahun husna berkecimpung dalam dunia Shaklee ni.  Niat asal hanya ma...